Thursday, June 25, 2009

Kasih Sayang Allah


Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya

6 comments:

  1. Betul tu..setuju tapi kadang2 ianya terlalu perit utk dilalui dan diterima apabila doa tak dimakbulkan. Lebih2 lagi bila kita mengkaji semula dimana silapnya diri ini. Apa lagi yg tak kena dan apa lagi yg Allah mahu aku usahakan. Hati menjadi bimbang dan diri dirasakan tidak dipedulikan oleh Allah tetapi tetap memohon petunjuk dan pertolongan darinya. Tolonglah hambamu yang hina lagi lemah ini ya Allah! Sesungguhnya engkau lebih tahu apa ada didalam lipatan hatiku ini ya Allah daripada diriku sendiri.Amin.

    ReplyDelete
  2. Salam. Setiap doa pasti akan dimakbulkan. Cuma Allah yang menentukan bilakah doa itu akan dimakbulkan. Hari ini, esok, lusa, tahun depan, masa tua atau di akhirat kelak. Wallahu'alam. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala perihal hamba-hambaNya dan tidak pernah sesekali Allah menzalimi hamba-hambaNya. Hanya hamba yg dhoif, haqir dan faqir yang sentiasa menzalimi diri sendiri dan kepada Allah kita memohon rahmat dan bertawakkal.

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya Kau maha pengasih maha penyayang.....

    ReplyDelete
  4. Allah tidak akan pernah berlaku kejam ke atas hambaNya..Dia lebih tahu akan tiap2 sesuatu.... LOVE ALLAH ALL MY HEART..!!

    ReplyDelete
  5. Kasih sayang Allah ke atas hambaNya lebih besar dari kasih ibu kepada anaknya.

    ReplyDelete
  6. Perbetulkan solatmu, banyakkan besedeqah

    ReplyDelete