Mari kita mengenal Allah lebih mendalam lagi,
Tuhan itu tidak serupa makhluk-Nya,
Tidak serupa dalam semua hal dan perkara dengan makhluk-Nya,
Supaya lebih terasa lagi Tuhan itu Maha Besar,
Maha Agung serta Maha Suci-Nya,
Daripada penyerupaan dengan makhluk-Nya,
Walaupun Kebesaran dan Keagungan Tuhan itu boleh disebutkan,
Tetapi tidak boleh digambarkan,
Di sinilah Maha Suci Tuhan ada perbandingan dengan makhluk-Nya,
Walaupun istilahnya kepada Tuhan dan makhluk-Nya
Digunakan lafaz yang sama,
Tetapi hakikatnya tidak sama,
Yang jarang diperkatakan orang,
Contohnya:
Pertama:
Manusia redha, Tuhan pun redha,
Redha manusia dengan perasaan,
Redha Tuhan tidak dengan perasaan,
Tuhan tidak ada perasaan
Bahkan Maha Suci Tuhan daripadanya,
Kedua:
Manusia benci,
Manusia benci dengan perasaan atau dengan nafsunya,
Tuhan benci bukan dengan perasaan atau dengan nafsu,
Maha Suci Tuhan daripada perasaan dan nafsu,
Ketiga:
Manusia pemaaf, Tuhan juga pemaaf,
Manusia pemaaf dengan perasaannya,
Tuhan juga pemaaf,
Maha Suci Tuhan daripada perasaan,
Tuhan tidak ada perasaan macam makhluk-Nya,
Tetapi pemaaf itu salah satu sifat-Nya
Yang sedia ada pada azali lagi,
Tuhan diingat atau tidak, pada Tuhan sama sahaja,
Walaupun mengingat Tuhan, Tuhan suka,
Suka Tuhan tidak dengan perasaan-Nya,
Tuhan suka dengan Zat-Nya yang tidak dapat digambarkan,
Tuhan suka dengan Zat-Nya yang bersifat suka pada azali lagi,
Suka Tuhan tidak dapat digambarkan,
Kalau boleh digambarkan, Tuhan ada penyerupaan,
Maha Suci Tuhan daripada penyerupaan,
Kalau Tuhan suka dengan perasaan,
Kita menuduh Tuhan ada hati,
Maha Suci Tuhan daripada ada hati,
Tuhan disembah atau tidak,
Tidak bertambah Kebesaran-Nya,
Dan tidak berkurang Kebesaran-Nya,
Kalau bertambah Kebesaran-Nya,
Ertinya Dia kurang,
Kalau kurang sebab tidak menyembah-Nya,
Menganggap Tuhan itu menerima kekurangan,
Sedangkan Tuhan itu sudah sedia sempurna pada azali lagi,
Allah membalas baik pada orang yang beribadah
Dengan rahmat-Nya,
Dihukum dengan azab kepada orang yang tidak menyembah-Nya
Dengan keadilan-Nya,
Tuhan membalas baik dengan rahmat-Nya,
Bukan dengan perasaan-Nya,
Tetapi dengan Zat Tuhan yang bersifat Rahmat,
Yang sudah wujud pada azali lagi,
Kalau Tuhan membalas baik di atas kebaikan hamba-Nya
Dengan rahmat-Nya,
Tetapi kalau Tuhan membalas jahat dengan keadilan-Nya,
Keadilan Tuhan salah satu sifat-Nya sudah sedia
Sejak azali lagi,
Bukan Tuhan itu merasa dengan perasaan-Nya,
Tetapi dengan Zat yang bersifat Rahmat
dan Keadilan-Nya yang sudah sedia pada azali lagi,
Maha Suci Tuhan daripada perasaan,
Kalau Tuhan membalas dengan azab-Nya,
Bukan Tuhan bersifat dendam,
Dendam itu sifat makhluk-Nya
Yang mempunyai perasaan,
Maha Suci Tuhan daripada mempunyai perasaan,
Tetapi Tuhan mengazab dengan keadilan-Nya,
Kerana salah satu sifat Tuhan adalah Adil,
Kalau Tuhan menentukan nasib makhluk-Nya
Miskin atau kaya, sakit atau sihat,
Pandai atau bodoh,
Adalah kepatutan yang telah ditentukan oleh Tuhan
Pada azali lagi,
Ketentuan yang telah ditentukan oleh Tuhan,
Itu bukan Tuhan memikir-mikirkan,
Kalau Tuhan kita katakan memikir-mikirkan
Seolah-olah kita menuduh Tuhan, Tuhan ada akal,
Tuhan mematutkan bukan dengan akal,
Tetapi dengan Zat-Nya yang bersifat pada azali lagi,
Sekalipun seseorang itu Islam atau kafir,
Adalah sudah dipatutkan pada azali lagi,
Islam itu diperintah
Dan kekufuran itu ditegah,
Ketentuan itu ditetapkan oleh Tuhan
Pada azali lagi.
Salam.
ReplyDeleteShukran kerana menziarahi blog ana.
Semoga anta selalu dalam rahmat dan lindungan Allah.
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!".(Al-Mumtahanah: 4)
salam
ReplyDeletesebagai seorang yang beragama islam sebenarnya kita belum benar2 mengenali Allah swt
banyak benda yang kita x tau
mencari ilmu untuk mengetahuinya..
Salam... :-)
ReplyDeleteKatakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”. (Al-Kahf: 109)
...assalamualaikum
ReplyDeleteWa'alaikumussalam wr wb
ReplyDeleteShukran atas zairah anda. Semoga dapat manfaat darinya.