Memuji Tuhan ini ada 3 peringkat:
1. Memuji dengan yang ada hubungan dengan Zatnya.
2. Memuji dengan yang ada hubungan dengan sifat-sifat Nya
3. Memuji atas rahmat dan nikmatNya
Jadi memuji Tuhan itu ada kala berhubung dengan Zat Nya, ada kala berhubung dengan sifat-sifatNya dan ada kala atas rahmat serta nikmat Nya. Rahmat dan nikmat itu sudah kita perkatakan, ada yang bersifat mata, yang bersifat akal dan bersifat rohaniah.
1. Memuji Tuhan di atas Zat Nya
Contoh : "Wahai Tuhan, Engkau maha kekal. Wahai Tuhan, Engkau maha esa, engkau tidak perlukan ruang. Wahai Tuhan, Zat engkau tidak menyerupai segala, Tuhan maha suci Engkau dari mengambil tempat, berada dalam masa dunia dan akhirat.
2. Memuji Tuhan berkait dengan sifat Nya:
Contoh : "Engkau Maha pengasih, maha penyayang, Tuhan. Engkau maha pengampun Engkau maha lembut. Engkau maha qahhar (keras) dan jabbar. Engkau maha bersyukur, Engkau mahalemah lembut. Engkau maha agung, Engkau maha tinggi, Engkau Maha Pemarah(Tuhan memang layak)." Itulah pujian yang memang layak ke atas Tuhan.
3. Memuji Tuhan di atas pemurah dan penyayang Nya.
Contoh :"Pemurahnya Engkau Tuhan, Engkau beri aku makan, beri aku ilmu (ada hubungan dengan nikmat akli). Terima kasih Tuhan kerana kenalkan Diri Mu pada ku. Terimakasih Tuhan keran Engkau jadikan Engkau Tuhan aku. (itu nikmat dan rahmat). Terima kasih kerana memberi aku kesenangan, anak, pakaian, kesihatan. beri pemandangan yang indah dan macam-macam lagi.
Jadi memuji Tuhan itu, yang semuanya layak untuk Tuhan, ada kalanya pada Zat Nya, ada kala pada sifat-sifat Nya, ada kala pada nikmat dan rahmat Nya. Pembahagian pujian itu pula ada 5 iaitu:
1. Puji Tuhan pada diri Nya.
Tuhan memuji diri Ini banyak terdapat dalam Quran dan Hadis. Contohnya. "Aku Tuhan, sembahlah aku. Tidak ada Tuhan selain Aku. Aku adalah Qahar, Aku jabbar. Aku pengasih dan penyayang." Dia memuji diri Nya. Ada hadis mengatakan, "Aku kasih kepada hamba Ku, lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya."
Apakah hujah untuk membenarkan Tuhan memuji diri Nya? Sebab Tuhan memang layak. Lagipun mana ada yang lebih atas dari Tuhan. Kalau Dia hendak puji diri Nya, siapa hendak hukum dia. Kalau kita hendak puji diri sendiri, nanti ada yang lebih atas yang akan tegur sebab ada orang yang lebih layak. Kalau Tuhan puji diri' Nya, Dia pun memang tidak ada tandingan.
Sebab itu ada amalan-amalan khusus kerana kita tidak mampu untuk puji Tuhan maka kita berkata, "Aku puji Engkau Tuhan. sebanyak mana Engkau puji diri Engkau sendiri. Anggaplah ini juga pujian ku untuk Mu termasuk rahmat Tuhan. Ini cara short cut sebab kita pun tidak larat hendak puji Tuhan. Tuhan boleh terima, kan tidak masuk akal. Secara logik, mana boleh kongsi tetapi itu lah yang disebut rahmat Tuhan itu luas. Dengan Tuhan tidak payahlah ikut prosedur yang logik-logik.
2. Pujian Tuhan pada hamba Nya.
Contohnya, "Aku suka pada orang yang bertaubat.' Aku suka orang yang bertaqwa. 'Aku suka orang yang pemurah.' "Aku suka pada seorang yang buat dosa dan kemudian bertaubat atas dosanya. Aku lebih suka pada orang yang merintih atas dosanya daripada tasbih para aulia.
3. Pujian seorang hamba pada Tuhannya.
Itu mudah kita faham. Selemah-lemah kita, kita ada puji Tuhan.
4. Puji hamba kepada hamba.
Contohnya A kata Habib ini pandai dan sabar. Tetapi elok memuji di belakangnya takut dia tak tahan hendak bawa. Sebab puji di depan itu macam letak kayu balak di bahu. Ada ke orang yang boleh pikul kayu balak 10 tan atas bahunya?
Pujian itu dibolehkan kerana hakikatnya dia puji Tuhan. (Barang siapa yang tidak bersyukur pada manusia, hakikatnya dia tidak bersyukur pada Tuhan) Kalau kita puji manusia, hakikatnya kita puji Tuhan. Sebab orang itu dapat nikmat dari Tuhan. Nikmat itu bukan hakiki.
5. Pujian seseorang atas dirinya sendiri.
Itu tidak boleh kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan yang ada pada dirinya. Tetapi itu kena berhati-hati. Contohnya, Nabi-nabi terpaksa puji dirinya. Macam Rasulullah kata, 'Saya adalah seorang yang paling takut dengan Tuhan. Kalau Rasulullah tidak sebut, umat akan terkeliru. Jangan ada orang yang anggap, ada orang yang lebih takut pada Tuhan dari Rasul. Dia ceritakan nikmat tuhan pada dirinya bukan kerana megah tetapi kena berhati-hati. Takut berbunga di dalam hati. Rasulullah mengatakan, 'Saya adalah orang yang paling fasih menyebut (huruf) dhad.' Sebab menyebut huruf dhad itu susah. Memuji diri itu tidak digalakkan. kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan seperti oleh Rasul setelah di ilhamkan.
Selepas sebut Bismillah baru seronok hendak katakan alhamdulillah iaitu segala puji hanya layak bagi Tuhan. Yang lain tidak layak dipuji. Itulah huraian dan tafsirannya bagi yang dikatakan “Segala puji hanya layak bagi Tuhan” itu.
No comments:
Post a Comment