Monday, June 29, 2009

Kebangkitan Islam


Dari Nukman bin Basyir, katanya…

"Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap."
Datanglah Abu Saklabah lalu berkata
"Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?"
Huzaifah radhiAllahu `anhu lalu segera menjawab.
"Aku hafaz akan khutbah Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam itu."
Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan.

Maka kata Huzaifah radhiAllahu `anhu, Rasulullah sollallu `alaihi wassalam telah bersabda:-
“Telah berlaku zaman kenabian keatas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ). Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) , dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman kenabian. Kemudian Rasulullah sollallahu `alaihi wassalam pun diam.” (Riwayat Ahmad, Bazzar, At Tabrani)

Sunday, June 28, 2009

Kesabaran Allah s.w.t

Dari Abdullah bin Qais r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain daripada Allah S.W.T. Orang-orang kafir mengatakan-Nya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagi-Nya. Namun begitu Allah Taala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka dan memberikan apa yang mereka pinta.” (Riwayat Muslim)

Huraian:
Nikmat Allah S.W.T maha luas dan tiada sesiapapun dapat menyekatnya. Allah juga Maha Sabar dalam setiap urusan-Nya. Manusia yang dijadikan oleh Allah adalah makhluk yang diamanahkan untuk menggunakan nikmat yang diperolehi itu untuk keperluan mendekatkan diri kepada-Nya. Namun begitu ada juga golongan manusia yang menggunakan nikmat Allah tetapi dalam masa yang sama mereka semakin jauh daripada Allah S.W.T.

Hal ini terjadi kerana hati mereka telah mati lantaran nikmat itu diguna atau disalurkan kepada perkara-perkara mungkar termasuklah golongan yang syirik atau kafir yang seolah-olah nikmat itu tidak disedari oleh mereka dan akhirnya menjadikan mereka semakin sesat dan melupakan Allah. Bagi orang yang kufur tetapi mendapat keistimewaan atau nikmat yang lebih ini mereka dikatakan mendapat istidraj iaitu pemberian nikmat Allah yang besar tetapi pemberian itu tidak diredhai-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (at-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Manusia yang mendapat istidraj adalah manusia yang lupa daratan. Maka apakah ertinya hidup ini jika mendapat seribu macam nikmat seperti kaya, berkuasa dan sebagainya tetapi sama sekali tidak diberkati malah dibenci oleh Allah S.W.T. Sepatutnya orang-orang yang kaya dengan berbagai nikmat hendaklah mengunakan nikmat Allah itu untuk kebajikan dan mengabdikan diri kepada Allah agar hidup mereka diredhai Allah bahkan itulah sifat makhluk yang benar-benar bersyukur.

Friday, June 26, 2009

Mengenali Allah s.w.t

Mari kita mengenal Allah lebih mendalam lagi,
Tuhan itu tidak serupa makhluk-Nya,
Tidak serupa dalam semua hal dan perkara dengan makhluk-Nya,
Supaya lebih terasa lagi Tuhan itu Maha Besar,
Maha Agung serta Maha Suci-Nya,
Daripada penyerupaan dengan makhluk-Nya,
Walaupun Kebesaran dan Keagungan Tuhan itu boleh disebutkan,
Tetapi tidak boleh digambarkan,
Di sinilah Maha Suci Tuhan ada perbandingan dengan makhluk-Nya,
Walaupun istilahnya kepada Tuhan dan makhluk-Nya
Digunakan lafaz yang sama,
Tetapi hakikatnya tidak sama,
Yang jarang diperkatakan orang,

Contohnya:
Pertama:
Manusia redha, Tuhan pun redha,
Redha manusia dengan perasaan,
Redha Tuhan tidak dengan perasaan,
Tuhan tidak ada perasaan
Bahkan Maha Suci Tuhan daripadanya,

Kedua:
Manusia benci,
Manusia benci dengan perasaan atau dengan nafsunya,
Tuhan benci bukan dengan perasaan atau dengan nafsu,
Maha Suci Tuhan daripada perasaan dan nafsu,

Ketiga:
Manusia pemaaf, Tuhan juga pemaaf,
Manusia pemaaf dengan perasaannya,
Tuhan juga pemaaf,
Maha Suci Tuhan daripada perasaan,
Tuhan tidak ada perasaan macam makhluk-Nya,
Tetapi pemaaf itu salah satu sifat-Nya
Yang sedia ada pada azali lagi,

Tuhan diingat atau tidak, pada Tuhan sama sahaja,
Walaupun mengingat Tuhan, Tuhan suka,
Suka Tuhan tidak dengan perasaan-Nya,
Tuhan suka dengan Zat-Nya yang tidak dapat digambarkan,
Tuhan suka dengan Zat-Nya yang bersifat suka pada azali lagi,
Suka Tuhan tidak dapat digambarkan,
Kalau boleh digambarkan, Tuhan ada penyerupaan,
Maha Suci Tuhan daripada penyerupaan,
Kalau Tuhan suka dengan perasaan,
Kita menuduh Tuhan ada hati,
Maha Suci Tuhan daripada ada hati,

Tuhan disembah atau tidak,
Tidak bertambah Kebesaran-Nya,
Dan tidak berkurang Kebesaran-Nya,
Kalau bertambah Kebesaran-Nya,
Ertinya Dia kurang,
Kalau kurang sebab tidak menyembah-Nya,
Menganggap Tuhan itu menerima kekurangan,
Sedangkan Tuhan itu sudah sedia sempurna pada azali lagi,
Allah membalas baik pada orang yang beribadah
Dengan rahmat-Nya,
Dihukum dengan azab kepada orang yang tidak menyembah-Nya
Dengan keadilan-Nya,
Tuhan membalas baik dengan rahmat-Nya,
Bukan dengan perasaan-Nya,
Tetapi dengan Zat Tuhan yang bersifat Rahmat,
Yang sudah wujud pada azali lagi,
Kalau Tuhan membalas baik di atas kebaikan hamba-Nya
Dengan rahmat-Nya,
Tetapi kalau Tuhan membalas jahat dengan keadilan-Nya,
Keadilan Tuhan salah satu sifat-Nya sudah sedia
Sejak azali lagi,
Bukan Tuhan itu merasa dengan perasaan-Nya,
Tetapi dengan Zat yang bersifat Rahmat
dan Keadilan-Nya yang sudah sedia pada azali lagi,
Maha Suci Tuhan daripada perasaan,
Kalau Tuhan membalas dengan azab-Nya,
Bukan Tuhan bersifat dendam,
Dendam itu sifat makhluk-Nya
Yang mempunyai perasaan,
Maha Suci Tuhan daripada mempunyai perasaan,
Tetapi Tuhan mengazab dengan keadilan-Nya,
Kerana salah satu sifat Tuhan adalah Adil,

Kalau Tuhan menentukan nasib makhluk-Nya
Miskin atau kaya, sakit atau sihat,
Pandai atau bodoh,
Adalah kepatutan yang telah ditentukan oleh Tuhan
Pada azali lagi,
Ketentuan yang telah ditentukan oleh Tuhan,
Itu bukan Tuhan memikir-mikirkan,
Kalau Tuhan kita katakan memikir-mikirkan
Seolah-olah kita menuduh Tuhan, Tuhan ada akal,
Tuhan mematutkan bukan dengan akal,
Tetapi dengan Zat-Nya yang bersifat pada azali lagi,
Sekalipun seseorang itu Islam atau kafir,
Adalah sudah dipatutkan pada azali lagi,
Islam itu diperintah
Dan kekufuran itu ditegah,
Ketentuan itu ditetapkan oleh Tuhan
Pada azali lagi.

Thursday, June 25, 2009

Kasih Sayang Allah


Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya

Wednesday, June 24, 2009

Bersihkan Hati Dengan Mengingati Allah

Hati adalah alat bagi mengingat dan berzikir kepada Tuhan. Tempat untuk kita sedar dan insaf bahawa ALLAH itu wujud dan kita ini hamba dan ciptaanNya. Hati adalah tempat untuk merasa berTuhan. Untuk merasakan bahawa ALLAH itu Maha Berkuasa, Maha Agung, Maha Hebat dan Maha Kaya. Untuk merasakan ALLAH itu Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Untuk merasakan ALLAH itu Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan sebagainya.

Hati yang berzikir kepada Tuhan ialah hati yang merasa berTuhan iaitu yang merasakan segala sifat-sifat Tuhan yang Maha Sempurna. Hati yang merasa hebat, gerun dan takut pada ALLAH Hati yang rasa dilihat, diawasi dan dikawal oleh ALLAH. Hati yang merasakan Tuhan ada peranan dalam hidupnya dan dalam pentaadbiran alam ini. hati yang merasakan bahawa tidak ada sesuatu pun yang terlepas dari pengetahuan dan penguasaan Tuhan. Hati yang merasa bersyukur di atas segala nikmat Tuhan. Yang merasa perlu kepada Tuhan dan yang merasakan bahawa akhirnya nanti kesemua ciptaan ini akan kembali kepada Tuhan.
Rasa-rasa seperti ini pasti ada kesan pada hati. Apakah kesannya? Ada yang berkata berzikir dan merasa berTuhan ini akan menenangkan jiwa. Mereka merujuk kepada ayat Al Quran yang bermaksud:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati akan tenang"
(Surah Ar Raad: 28)

Kalau dilihat sekali imbas, mungkin kita dapat kita berpegang kepada maksud ini. tetapi ada pula ayat lain yang membawa maksud yang berlainan atau yang berlawanan seperti ayat yang di bawah:

"Orang Mukmin itu apabila disebut nama ALLAH, gementar hati-hati mereka."
(Surah Al Anfaal: 2)

Nampaknya macam kedua-dua ayat ini bertentangan dan berlawanan maksudnya. Bagaimana pula hati orang berzikir yang gementar boleh rasa tenang atau hatinya yang tenang boleh rasa gementar pada waktu yang sama. "Gementar" dan "tenang" adalah 2 perasaan yang berlawanan dan berbeza.

Kalau begitu apakah yang sebebnarnya yang patut dirasakan oleh hati apabila kita berzikir atau mengingati ALLAH? Patut tenang atau patut gementar? Disebabkan ada ayat yang mengatakan hati patut tenang dan ada pula ayat yang mengatakan hati patut gementar, maka kita sepatutnya merasakan kedua-dua perasaan ini sekaligus. Kalau tidak, kita tidak selaras dengan kehendak Al Quran. Kalau rasa hati kita tidak selaras dengan kehendak Al Quran, nyata bahawa kita yang salah. Al Quran tidak salah kerana Al Quran itu adalah Kalammullah. Mari kita kupas perkara ini, moga-moga kita dapat memahami.

Yang dikatakan tenang itu adalah berkaitan hubungan hati kita dengan dunia dan hal-hal bersifat keduniaan. Kalau kita berzikir dan mengingati Tuhan, pasti kita akan tenang dengan urusan dunia. Tidak ada apa di dunia ini yang sebegitu besar atau penting sehingga boleh menjejaskan ketenangan hati kita. Dunia ini kecil dan remeh. Bak kata orang putih: "little significance". Nikmatnya kecil. Siksaannya juga kecil. Segala-galanya di dunia ini remeh dan kecil.

Tetapi dengan Tuhan, kita tidak boleh ambil ringan. Dengan Tuhan mesti sentiasa gementar dan bergelora. Orang yang beriman dan bertaqwa itu, hati-hati mereka sentiasa bergelora dengan Tuhan. Mereka kenal akan Tuhan. Justeru itu mereka rasa cinta dan takut dengan Tuhan. Mereka rasa hebat dan gerun dengan Tuhan. Mereka rasa sentiasa diawasi Tuhan. rasa-rasa ini sentiasa mencengkam hati-hati mereka. Mereka sentiasa merasa Tuhan melihat mereka. Mereka rasa Tuhan mengetahui segala-galanya apa yang ada pada diri lahir mereka dan segala yang ada dalam hati mereka. Mereka merasakan kekuasaan Tuhan. Bila Tuhan kata: "Jadi........maka jadilah" Mereka rasa ALLAH boleh matikan mereka bila-bila masa sahaja. Azab dan siksa Tuhan sangat pedih.

Begitulah sepatutnya rasa-rasa hati kita apabila zikrullah. Ada tenang dan gementar. Tenang dengan dunia dan hal-hal dunia tetapi gementar dengan Tuhan. lagi kuat gementar dan bergeloranya hati seseorang dengan Tuhan , maka lagi tenang hatinya dengan dunia. Tenang dengan dunia itu rahmat. Gementar dengan Tuhan itu juga rahmat. Kedua-dua itu ada kemanisannya.

Sebaliknya gementar dengan dunia itu azab. Itu tanda kita diperhamba oleh dunia. Tenang dengan Tuhan itu juga azab. Itu tanda kita sudah hilang sifat kehambaan kita. Kedua-duanya akan membawa kecelakaan kepada kita di dunia, lebih-lebih lagi di Akhirat.

Monday, June 22, 2009

4 Keadaan Yang Pasti Berlaku


Hanya ada empat keadaan yg dialami seorang hamba: nikmat, cobaan, taat, maksiat.

1. Jika berada dalam nikmat, bersyukurlah
2. Jika berada dalam cobaan, bersabarlah
3. Jika berada dalam taat, saksikanlah anugerah-Nya kepadamu
4. Jika berada dalam maksiat, segeralah bertaubat
(Syeikh Abu Al-Abbas Al-Mursi)

Saturday, June 20, 2009

Pandangan wali Allah tentang dunia

Seorang syeikh menceritakan bahawa di Moroko ada seorang zahid yang dikenal sangat tekun meniti jalan sufi. Ia hidup sangat sederhana sebagai nelayan. Sebagian hasil tangkapannya ia sedekahkan dan sebahagian lagi ia makan. Suatu ketika seorang muridnya ingin pergi ke sebuah daerah di Moroko. Syeikh yang nelayan itu berkata, "Setibanya di sana, temuilah Fulan. Sampaikan salamku kepadanya dan mintalah doa darinya. Sebab, ia seorang wali Allah."

Sang murid bercerita, "Kemudian aku pergi hingga tiba di negeri yang dituju. Aku menanyakan keberadaan orang tersebut. Mereka menunjukkan sebuah rumah yang menunujukkan di tempati seorang raja. Aku terheran-heran melihatnya. Lalu aku meminta izin untuk menemui orang tersebut. Seseorang memberi tahu bahawa ia sedang menemani raja. Aku semakin herann. Tak lama berselang, ia datang dengan memakai pakaian yang sangat bagus dan kereta yang indah. Penampilannya laksana seorang raja. Keadaan itu membuatku semakin heran. Sempat terdetik dalam hatiku untuk kembali dan tidak menemuinya. Namun, aku tidak mahu menentang amanat guruku. Kemudian, aku meminta izin untuk masuk. Dan ia mengajakku masuk. Setibanya di dalam rumah, aku semakin takjub melihat banyaknya budak dan pelayan.

Lalu aku berkata kepadanya, "Saudaramu, Fulan, mengirimkan salam kepadamu?"

Ia balik bertanya,"Engkau dari sana?!"
"Ya."
"Kalau kau pulang nanti, tanyakan kepadanya, "Sampai bila kau menyibukkan diri dengan dunia? Sampai bila kau mengejar dunia? Dan sampai bila kau memelihara keinginanmu terhadap dunia?"

Mendengar ucapan, demi Allah aku semakin heran. Ketika pulang ke tempat guruku, ia bertanya,"Engkau sudah bertemu dengan Fulan?"
"Ya."
"Apa yang ia katakan kepadamu?"
"Tidak ada."
"Namun ia berkata,"Pasti ia berpesan sesuatu untukku." Akhirnya, aku menyampaikan kepadanya ucapan wali tersebut. Mendengar itu, Syeikh menangis lama, lalu berkata,"Saudaraku itu memang benar. Allah telah membersihkan kalbunya dari dunia sehingga hanya ada di tangannya, tak berbekas di hatinya. Sementara, aku mengambilnya dari tangan dan hatiku masih menginginkannya."

Pertanyaan sebahagian sahabat kpd Rasulullah s.a.w. dalam Hadis Nabi sebagai berikut:
"Siapakah wali-wali Allah yang tidak takut dan gundah? Nabi s.a.w menjawab: Ialah orang-orang yang selalu memperhatikan bathin dunia pada ketika manusia memperhatikan lahiriah dunia. Dan mereka itu pula mementingkan lahiriah dunia pada ketika ummat manusia mementingkan dunia di waktu sekarang."

Dari Hadis ini, bahawa wali-wali Allah meskipun mereka memegang dunia, apakah mereka merupakan sebagai raja atau seorang yang kaya, mereka itu tidak melihat kepada lahiriah dunia, tetapi mereka melihat kepada bathin dunia itu dan hakikatnya. Sebab mereka mengetahui, bahawa dunia itu tidak abadi, tetapi hanya sebentar sahaja. Sedangkan yang abadi adalah faedah yang mereka dapatkan daripada menempatkan dunia itu pada tempatnya dalam erti 'sebagai alat untuk mencari keredhaan Allah s.w.t'

Berlainan dengan manusia biasa, mereka berlumba-lumba mencari keuntungan dunia sekarang juga tanpa memikirkan keridhaan Allah pada pekerjaannya itu. Sedangkan wali-wali Allah melihat kepada penglihatan yang jauh, yakni masa-masa setelah kita berpisah dengan dunia yang fana', mulai dari alam barzakh hingga sampai ke alam akhirat yang kekal lagi baqa.

Isi surat dari Sayidina Ali kpd Salman Al-Farisi:
"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan, maka berpalinglah anda dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."


Kalimat Saiyidina Ali ini merupakan peringatan kepada Salman Farisi pada khususnya dan ummat Islam pada umumnya tentang hakikat pangkat keduniaan. Bukan tidak boleh kita menduduki pangkat keduniaan itu, tetapi beliau memperingatkan supaya pada kita ada ketahanan mental atau ketahanan bathin, sehingga kita dapat mengendalikan pangkat keduniaan itu demi untuk keselamatan kita di dunia dan akhirat. Apabila ketahanan mental atau bathin kita tidak ada dalam diri kita, maka kita akan terpengaruh dari kekaguman kita terhadap dunia yang sedang kita pegang.

Oleh sebab itu maka keimanan kepada Allah s.w.t yang kuat dan mantap adalah sangat diperlukan, sehingga kesusahan dunia dengan segala kepahitannya dapat diatasi, kerana pangkat dunia yang sedang kita hadapi ini adalah berjalan atas niat yang baik, yakni mencari keredhannya dalam erti yang luas.

Thursday, June 18, 2009

Qanaah

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.” (Riwayat Bukhari)

Huraian:
Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyaknya nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari. Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya.

Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya. Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya.

Oleh itu dalam apa juga perkara kita hendaklah bersifat qana’ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah ada berfirman yang maksudnya:”...boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah:216)

Tuesday, June 16, 2009

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Saturday, June 13, 2009

Ucapan Rasulullah s.a.w.


Demi Allah,
jika sekiranya mereka meletakkan matahari
di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiriku supaya
aku meninggalkan urusan perjuangan ini,
nescaya tidak akan aku tinggalkan sehinggalah Allah
memberikan kemenangan atau aku
binasa kerananya.
(Rasulullah s.a.w)

Thursday, June 11, 2009

Pujian Pada Allah

Memuji Tuhan ini ada 3 peringkat:
1. Memuji dengan yang ada hubungan dengan Zatnya.
2. Memuji dengan yang ada hubungan dengan sifat-sifat Nya
3. Memuji atas rahmat dan nikmatNya

Jadi memuji Tuhan itu ada kala berhubung dengan Zat Nya, ada kala berhubung dengan sifat-sifatNya dan ada kala atas rahmat serta nikmat Nya. Rahmat dan nikmat itu sudah kita perkatakan, ada yang bersifat mata, yang bersifat akal dan bersifat rohaniah.

1. Memuji Tuhan di atas Zat Nya
Contoh : "Wahai Tuhan, Engkau maha kekal. Wahai Tuhan, Engkau maha esa, engkau tidak perlukan ruang. Wahai Tuhan, Zat engkau tidak menyerupai segala, Tuhan maha suci Engkau dari mengambil tempat, berada dalam masa dunia dan akhirat.

2. Memuji Tuhan berkait dengan sifat Nya:
Contoh : "Engkau Maha pengasih, maha penyayang, Tuhan. Engkau maha pengampun Engkau maha lembut. Engkau maha qahhar (keras) dan jabbar. Engkau maha bersyukur, Engkau mahalemah lembut. Engkau maha agung, Engkau maha tinggi, Engkau Maha Pemarah(Tuhan memang layak)." Itulah pujian yang memang layak ke atas Tuhan.

3. Memuji Tuhan di atas pemurah dan penyayang Nya.
Contoh :"Pemurahnya Engkau Tuhan, Engkau beri aku makan, beri aku ilmu (ada hubungan dengan nikmat akli). Terima kasih Tuhan kerana kenalkan Diri Mu pada ku. Terimakasih Tuhan keran Engkau jadikan Engkau Tuhan aku. (itu nikmat dan rahmat). Terima kasih kerana memberi aku kesenangan, anak, pakaian, kesihatan. beri pemandangan yang indah dan macam-macam lagi.

Jadi memuji Tuhan itu, yang semuanya layak untuk Tuhan, ada kalanya pada Zat Nya, ada kala pada sifat-sifat Nya, ada kala pada nikmat dan rahmat Nya. Pembahagian pujian itu pula ada 5 iaitu:

1. Puji Tuhan pada diri Nya.
Tuhan memuji diri Ini banyak terdapat dalam Quran dan Hadis. Contohnya. "Aku Tuhan, sembahlah aku. Tidak ada Tuhan selain Aku. Aku adalah Qahar, Aku jabbar. Aku pengasih dan penyayang." Dia memuji diri Nya. Ada hadis mengatakan, "Aku kasih kepada hamba Ku, lebih dari seorang ibu mengasihi anaknya."

Apakah hujah untuk membenarkan Tuhan memuji diri Nya? Sebab Tuhan memang layak. Lagipun mana ada yang lebih atas dari Tuhan. Kalau Dia hendak puji diri Nya, siapa hendak hukum dia. Kalau kita hendak puji diri sendiri, nanti ada yang lebih atas yang akan tegur sebab ada orang yang lebih layak. Kalau Tuhan puji diri' Nya, Dia pun memang tidak ada tandingan.
Sebab itu ada amalan-amalan khusus kerana kita tidak mampu untuk puji Tuhan maka kita berkata, "Aku puji Engkau Tuhan. sebanyak mana Engkau puji diri Engkau sendiri. Anggaplah ini juga pujian ku untuk Mu termasuk rahmat Tuhan. Ini cara short cut sebab kita pun tidak larat hendak puji Tuhan. Tuhan boleh terima, kan tidak masuk akal. Secara logik, mana boleh kongsi tetapi itu lah yang disebut rahmat Tuhan itu luas. Dengan Tuhan tidak payahlah ikut prosedur yang logik-logik.

2. Pujian Tuhan pada hamba Nya.
Contohnya, "Aku suka pada orang yang bertaubat.' Aku suka orang yang bertaqwa. 'Aku suka orang yang pemurah.' "Aku suka pada seorang yang buat dosa dan kemudian bertaubat atas dosanya. Aku lebih suka pada orang yang merintih atas dosanya daripada tasbih para aulia.

3. Pujian seorang hamba pada Tuhannya.
Itu mudah kita faham. Selemah-lemah kita, kita ada puji Tuhan.

4. Puji hamba kepada hamba.
Contohnya A kata Habib ini pandai dan sabar. Tetapi elok memuji di belakangnya takut dia tak tahan hendak bawa. Sebab puji di depan itu macam letak kayu balak di bahu. Ada ke orang yang boleh pikul kayu balak 10 tan atas bahunya?
Pujian itu dibolehkan kerana hakikatnya dia puji Tuhan. (Barang siapa yang tidak bersyukur pada manusia, hakikatnya dia tidak bersyukur pada Tuhan) Kalau kita puji manusia, hakikatnya kita puji Tuhan. Sebab orang itu dapat nikmat dari Tuhan. Nikmat itu bukan hakiki.

5. Pujian seseorang atas dirinya sendiri.
Itu tidak boleh kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan yang ada pada dirinya. Tetapi itu kena berhati-hati. Contohnya, Nabi-nabi terpaksa puji dirinya. Macam Rasulullah kata, 'Saya adalah seorang yang paling takut dengan Tuhan. Kalau Rasulullah tidak sebut, umat akan terkeliru. Jangan ada orang yang anggap, ada orang yang lebih takut pada Tuhan dari Rasul. Dia ceritakan nikmat tuhan pada dirinya bukan kerana megah tetapi kena berhati-hati. Takut berbunga di dalam hati. Rasulullah mengatakan, 'Saya adalah orang yang paling fasih menyebut (huruf) dhad.' Sebab menyebut huruf dhad itu susah. Memuji diri itu tidak digalakkan. kecuali atas dasar hendak sebut nikmat Tuhan seperti oleh Rasul setelah di ilhamkan.
Selepas sebut Bismillah baru seronok hendak katakan alhamdulillah iaitu segala puji hanya layak bagi Tuhan. Yang lain tidak layak dipuji. Itulah huraian dan tafsirannya bagi yang dikatakan “Segala puji hanya layak bagi Tuhan” itu.

Tuesday, June 9, 2009

Syair Ibnu Athaillah



Bagaimana mungkin aku meminta rezeki dari makhluk
Sungguh, kalau kulakukan aku karam dalam keburukan
Keluhan si lemah kepada si lemah yang serupa dirinya
Adalah kelemahan yang menggiringinya ke tepi jurang

Memintalah rezeki kepada Allah yang kebaikan-Nya
meliputi seluruh makhluk sebagai kurnia dan kasih-Nya
Mintalah kepada-Nya, nescaya kau dapatkan harapanmu
Jangan kembali dengan berpaling dari haribaan pintu-Nya

Monday, June 8, 2009

Allah Taala Adalah Segala-galanya

Allah Taala adalah segala-galanya. Kalau bukan kerana Allah Taala segala-galanya tidak akan ada. Segala-galanya ada kerana Allah Taala mengadakan. Adanya Allah Taala kalau Dia tidak mengadakan segala-galanya termasuk kita pasti tiada.Allah Taala mengadakan sesuatu sama ada di dunia mahupun di Akhirat, nikmat dunia mahupun nikmat Akhirat, menjadikan alam ghaib mahupun alam nyata, menjadikan manusia, malaikat, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain semuanya ada maksud, ada hikmah, bukan suka-suka lebih-lebih lagi bukan sia-sia.

Setiap makhluk yang dicipta-Nya ada peraturannya, ada cara kehidupannya yang tersendiri, mempunyai sistem yang tersendiri, malaikat ada sistem yang tersendiri, jin ada sistemnya yang tersendiri, haiwan ada sistemnya yang tersendiri, manusia ada sistemnya yang tersendiri, tumbuh-tumbuhan ada sistem yang tersendiri. Begitulah setiap makhluk sama ada sebesar-besar makhluk hinggalah sekecil-kecil makhluk, yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa, semuanya ada peraturan dan sistemnya yang tersendiri. Setiap makhluk itu adalah berjalan mengikut peraturan atau sistemnya masing-masing.

Siapa sahaja yang tidak mengikut peraturan yang Allah Taala sediakan, dia pasti binasa. Sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang. Bahkan dunia nanti binasa (Qiamat) setelah setiap planet-planetnya tidak mengikut peraturan dan sistemnya lagi.
Kemudian setiap makhluk ciptaan Tuhan itu dan peraturan dan sistemnya serta setiap gerak-geri dan gerak-lakunya tidak terlepas daripada ilmu-Nya, penglihatan-Nya, kuasa-Nya, kehendak-Nya, pendengaran-Nya, walaupun sebesar habuk tidak terlepas daripada Tuhan hinggakan manusia walaupun dia sudah berusaha, usaha manusia itu pun tidak terlepas daripada kuasa dan kehendak Allah Taala. Kemudian ke mana makhluk ini akan pergi, ke mana kesudahannya, ke mana destinasi akhirnya, apa nasibnya, semuanya tidak terlepas daripada segala-galanya ketentuan daripada Tuhan yang telah disebut sifat-sifat-Nya
tadi.

Kalau begitu, siapa Tuhan? Tentu Maha Agung Tuhan, Maha Hebat, Maha Gagah, Maha Kuasa, Maha Berilmu, Maha Berkehendak, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Sempurna, entahkan maha, maha apa lagi yang tidak dapat dicapai oleh akal, mengetahui, memikirkannya, yang tidak ada makhluk dapat menyukat maha-maha-Nya Tuhan itu. Sifat maha kuasa Allah Taala sahaja pada-Nya sudah cukup menggerunkan kita. Kerana jika Allah berkata: Jadilah, terus jadi benda itu atau makhluk itu.
Jika Allah Taala berkata: Binasalah, maka binasalah benda itu atau makhluk itu. Kehendak dan kuasa-Nya tiada makhluk yang dapat menolak. Kalau Allah Taala berkata senang, pasti senang, kalau Allah Taala berkata susah, pasti susah, kalau Allah Taala berkata hidup, pasti hidup, kalau Allah Taala berkata mati, pasti mati. Kalau Allah Taala berkata pandailah, pasti pandai. Kalau Allah Taala berkata bodohlah, pasti bodoh. Kalau Allah Taala mengatakan sakitlah, pasti sakit, kalau Allah Taala berkata sembuhlah, pasti sembuh. Begitulah seterusnya apa sahaja Allah Taala katakan pasti terjadi.

Begitulah agungnya Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang maha sempurna.
Apakah Tuhan itu kita tidak perlu kepada-Nya?
Tidak mahu meminta kepada-Nya?
Tidak mahu ingatkan-Nya?
Tidak mahu mengagungkan-Nya? Tidak cinta kepada-Nya?
Tidak takut?
Tidak mengharap?
Tidak memerlukan?
Tidak mematuhi-Nya.
Tidak mensyukuri-Nya?
Apakah kita boleh terlepas dari-Nya?
Boleh lari dari-Nya?
Boleh hidup tanpa-Nya?
Boleh selamat tanpa-Nya?
Tuhan sehebat itukah yang kita hendak lawan?
Hendak tidak ambil tahu?
Hendak tidak peduli?
Hendak sombong dengan-Nya?

Kita perlu kepada Tuhan di waktu senang, di waktu susah, di waktu miskin, di waktu kaya, di waktu aman, di waktu darurat, di waktu sakit, di waktu sihat, di waktu sempit, di waktu lapang, di waktu bodoh, di waktu pandai, di waktu di rumah, di waktu di luar rumah, di waktu takut, di waktu tenang, di waktu seorang, di waktu ramai, di waktu aman, di waktu huru-hara.

Sepatutnya kita perlu kepada Tuhan di dalam sebarang waktu dan situasi, di setiap tempat dan keadaan. Jangan anggap kita boleh bersendiri.Tapi malangnya kebanyakan umat Islam kerana sombongnya, perlukan Tuhan di waktu-waktu tertentu sahaja, tidak setiap waktu dan situasi, iaitu waktu kemarau, waktu sakit, waktu miskin, waktu bala menimpa, waktu musuh menyerang. Itupun tidak semua orang berbuat sedemikian. Ada yang lebih sombong dan angkuh lagi, di waktu kemarau, di waktu sakit, di waktu bala menimpa pun tidak juga memerlukan Tuhan. Seolah-olah memerlukan Tuhan itu rasa terhina, rasa jatuh martabat, rasa malu, rasa jatuh wibawa.

Sepatutnya Tuhan itu adalah segala-galanya, dapat Tuhan dapatlah segala-galanya, kehilangan Tuhan, kehilangan segala-galanya. Tuhan adalah hidup mati kita, Tuhan adalah dunia Akhirat kita. Dia adalah tempat rujuk, tempat mengadu, tempat bermanja-manja, tempat berhibur, tempat lari, tempat menyerah diri. Dialah harapan kita, Dialah kebahagiaan kita yang sejati.

Friday, June 5, 2009

Janji Bertemu di Surga

Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamil dari Ishaq bin Ibrahim dari Raja' bin Amr An-Nakha'i, ia berkata: "Adalah di Kufah, terdapat pemuda tampan, dia kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu saat dia mampir berkunjung ke kampung dari Bani An-Nakha'. Dia melihat seorang wanita cantik dari mereka sehingga dia jatuh cinta dan kasmaran.

Dan ternyata, si wanita cantik ini pun begitu juga padanya. Karena sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu mengutus seseorang melamarnya dari ayahnya. Tetapi si ayah mengabarkan bahwa putrinya telah dijodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta keduanya tak bisa padam bahkan semakin berkobar. Si wanita akhirnya mengirim pesan lewat seseorang untuk si pemuda, bunyinya, 'Aku telah tahu betapa besar cintamu kepadaku, dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu. Bila kamu setuju, aku akan mengunjungimu atau aku akan mempermudah jalan bagimu untuk datang menemuiku di rumahku'.

Dijawab oleh pemuda tadi melalui orang suruhannya, 'Aku tidak setuju dengan dua alternatif itu:
''Sesungguhnya aku merasa takut bila aku berbuat maksiat pada Rabbku akan adzab yang akan menimpaku pada hari yang besar. (Yunus:15). Aku takut pada api yang tidak pernah mengecil nyalanya dan tidak pernah padam kobarannya.'

Ketika disampaikan pesan tadi kepada si wanita, dia berkata: "Walau demikian, rupanya dia masih takut kepada Allah? Demi Allah, tak ada seseorang yang lebih berhak untuk bertakwa kepada Allah dari orang lain. Semua hamba sama-sama berhak untuk itu."

Kemudian dia meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan perbuatan-perbuatan buruknya serta mulai beribadah mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, dia masih menyimpan perasaan cinta dan rindu pada sang pemuda. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan perasaan rindunya, sampai akhirnya dia meninggal dunia karenanya. Dan si pemuda itu seringkali berziarah ke kuburannya, dia menangis dan mendo'akannya. Suatu waktu dia tertidur di atas kuburannya. Dia bermimpi berjumpa dengan kekasihnya dengan penampilan yang sangat baik.

Dalam mimpi dia sempat bertanya: "Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kau dapatkan setelah meninggal?"

Dia menjawab: "Sebaik-baik cinta wahai orang yang bertanya adalah cintamu. Sebuah cinta yang dapat menggiring menuju kebaikan".

Pemuda itu bertanya: "Jika demikian, kemanakah kau menuju?"

Dia jawab: "Aku sekarang menuju pada kenikmatan dan kehidupan yang tak berakhir. Di Surga kekekalan yang dapat kumiliki dan tidak akan pernah rusak."

Pemuda itu berkata: "Aku harap kau selalu ingat padaku di sana, sebab aku di sini juga tidak melupakanmu." Dia jawab: "Demi Allah, aku juga tidak melupakanmu. Dan aku meminta kepada Tuhanku dan Tuhanmu (Allah Subhanahu wa Ta'ala) agar kita nanti bisa dikumpulkan. Maka, bantulah aku dalam hal ini dengan kesungguhanmu dalam ibadah."

Si Pemuda bertanya: "Kapan aku bisa melihatmu?"

Jawab si wanita: "Tak lama lagi kau akan datang melihat kami." Tujuh hari setelah mimpi itu berlalu, si pemuda dipanggil oleh Allah menuju kehadiratNya, meninggal dunia."

Tuesday, June 2, 2009

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat :
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

· · Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

· · Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

· · Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

· · Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)

· · Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

· · Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

· · Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

· · Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit' (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

· · Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

· · Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

· · Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)