Wednesday, April 8, 2009

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali Karamallah Wajhah

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Wahai Ali, aku melarangmu dengan 4 perkara

1) irihati
2) bohong
3) loba
4) pemarah

Wahai Ali, segala sesuatu ada penyakitnya

1) Penyakit bicara adalah bohong
2) Penyakit ilmu adalah lupa
3) Penyakit ibadah adalah riak
4) Penyakit budi pekerti adalah memuji diri sendiri
5) Penyakit berani adalah agresif
6) Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian
7) Penyakit cantik adalah sombong
8) Penyakit bangsawan adalah bangga
9) Penyakit malu adalah lemah
10) Penyakit mulia adalah menonjolkan diri
11) Penyakit kaya adalah kikir
12) Penyakit royal (mewah) adalah berlebih-lebihan
13) Penyakit agama adalah hawa nafsu

2 comments:

  1. assalammualaikum,

    bole dikatakan setiap hari saya akan singgah ke blog ni kerana minat sangat untuk membaca article2 yg banyak memberi pengajaran kepada saya...cuma kalau bole..tiap2 hari postkan article2 baru..saya sentiasa mencari maklumat2 yg dapat memanfaatkan lagi kehidupan saya....

    ReplyDelete
  2. Salam. Wasiat ini, cantik kandungannya, namun bukan semua yang cantik dan benar itu disabdakan Nabi s.a.w., sekalipun semua sabdaan baginda adalah cantik dan benar. Wasiat ini adalah hadis palsu. Tidak boleh disebarkan. Bahkan mesti dinyatakan kepalsuannya.

    ReplyDelete