Saturday, June 7, 2008

Penerangan Hadis Qudsi

Ulamak hadis mengatakan bahawa Hadis Qudsi itu ialah perkataan Nabi yang disebut dengan mengatakan Allah bertitah, disandarkan perkataan itu kepada Allah dan diriwayatkan daripadaNya.

Hadis Qudsi itu adalah sama setingkat dengan firman Allah Ta'ala (Al-Quran) , hanya dia diwahyukan secara langsung, yakni terus menerus kepada Nabi s.a.w di mana baginda pula telah menyampaikan kepada umatnya menerusi lisannya. Jadi kedudukan Hadis ini adalah di tengah-tengah antara firman Allah Ta'ala dan Hadis Nabi s.a.w.

Kesimpulan Hadis Qudsi ialah titah Allah yang disampaikan kepada Nabi di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi menerangkan apa yang disampaikan itu kepada umatnya dengan ibarat atau susunan perkataannya sendiri serta menyandarkan kepada Allah; sedang hadis-hadis yang lain tidak demikian. Hadis Qudsi itu dinamakan juga Hadis Ilahi atau Hadis Rabbani.

Hadis yang akan dibincangkan diambil dari Kitab "Hadis Qudsi Analisa Dan Komentar" ditulis oleh Syed Ahmad Semait, seorang ulama' Singapura yang disegani.

Semoga peribadatan yang disembahkan kepada Tuhan itu benar-benar datangnya dari seorang hamba yang mengaku perhambaannya kepada Tuhan yang Maha Besar lagi Maha Tinggi. Dan juga mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai penyuluh kehidupan kita baik duniawi atau ukhrawi.

8 comments:

  1. Assalaimu 'alaikum... jazakallah atas tulisannya
    untuk hadis qudsi bisa juga ditemukan di http://smeedo.com/blog/hadis-qudsi

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, nak tny, tau x dalil alquran tentang hadis atau kesasihan hadis

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam. Hadis adalah sabda Rasulullah s.a.w. Dengan hadis, Rasulullah menerangkan lebih lanjut tentang sesuatu ayat di dalam Al-Quran.

    ReplyDelete
  4. Hadis Qudsi adalah Firman Allah yg tk di masukkan di dlm Al-Qur'an

    ReplyDelete
  5. Kalau seorang gunakan alim atau alim besar. Ulama (beberapa org alim). Istilah gunakan bahasa Arab biar betul.
    Banyak di blog blog istilah kosa kata Arab yg tiada sempurna.
    Sebab itu penting mengetahui ilmu nahwu arabmya jika ingin coret lembaran agama di blog.

    ReplyDelete